Wednesday, 18 June 2014

Posted by Unknown at 01:14

ulat hidup dalam hidung ???

ULAT RESDUNG

Kepercayaan wujudnya parasit atau ‘ulat’ di muka yang boleh menyebabkan seseorang itu berasa tidak selesa, gatal-gatal dan hidung tersumbat serta berhingus atau dikenali penyakit resdung adalah mitos semata-mata.

Pakar Hidung, Telinga dan Tekak Hospital Pakar Perdana, di sini, Dr Mohamad Hamzah berkata, pendapat seumpama itu kadangkala boleh dikaitkan dengan sihir, kerana ada segelintiran penghidap resdung lebih gemar merujuk masalah itu dengan bomoh berbanding doktor.
Beliau berkata, dalam bidang perubatan moden belum pernah terbukti wujud ‘ulat’ di bahagian itu. Katanya, resdung sejenis penyakit hidung disebabkan RADANG pada membran dan sinus pula adalah rongga dalam tulang muka yang diselaputi mukosa atau membran dan apabila bahagian terbabit dijangkiti virus, bakteria atau kulat itu boleh menyebabkan berlaku radang.
“Pesakit biasanya akan mengalami tanda-tanda seperti hidung tersumbat, berhingus, sakit muka, kurang deria bau, sakit kepala, bau busuk dalam hidung dan demam.

“Jika ada yang mengalami tanda seperti itu perlu membuat pemeriksaan segera kerana hidung perlu diperiksa secara endoskopik untuk mengetahui punca resdung terjadi, tahap penyakit dan cara rawatan yang diperlukan,

 

Petua legakan sinusitis atau resdung dengan 3 langkah sahaja.

legakan_sinus_resdung_dalam_masa_20_saat_2

Langkah 1: Tekan atau tolak lidah anda ke lelangit.

Langkah 2: Gunakan jari telunjuk anda dan tekan di bahagian dahi betul-betul di bahagian tengah antara kening mata kanan dankening mata kiri. Rujuk gambar di bawah.

Langkah 3: Tekan di bahagian tersebut selama 20 saat dan mukus atau hingus akan mula keluar dari hidung anda.

Ketika anda tekan lidah ke lelangit, jangan tajamkan lidah. Relaxkan lidah dan tekan lelangit dengan lidah yang flat. Bila anda lepaskan lidah, akan ada sedikit pergerakan di bahagian kerongkong anda.

Mukus yang keluar tidaklah banyak seperti gambar di atas tetapi cukup untuk melegakan hidung dalam masa-masa kecemasan.

Selamat Mencuba!

Sinusitis juga boleh menyebabkan kegatalan mata yang teruk. Jika tidak dirawat, mata akan menjadi merah dan berair

Hidung Berbau ???

hidung busuk

Masalah-masalah yang berpunca dari bahagian-bahagian badan seperti hidung, sinus, tekak, gigi, ruang mulut, paru-paru ataupun perut boleh menyebabkan nafas kita berbau. Ini kerana bahagian-bahagian tersebut mempunyai kaitan dengan ruang pernafasan.

Sinus yang merupakan salah satu daripada bahagian-bahagian tersebut, boleh menyebabkan nafas berbau apabila dijangkiti kuman. Bahagian ini merupakan ruang kosong pada bahagian tengkorak yang berhubung dengan ruang hidung.

Bila dijangkiti kuman, kahak kuning atau kehijauan akan mengalir ke ruang hidung yang kemudiannya akan menitis ke belakang tekak. Ini seterusnya menyebabkan pelbagai masalah dari sakit kepala, hidung tersumbat, sakit tekak, serak suara mahupun nafas berbau.

Punca lain ialah rinitis yang merupakan bengkak pada tisu bahagian hidung. Ia juga boleh dikatakan sebagai
inflamasi atau radang pada membran mukus. Ini berpunca dari alahan atau infeksi pada bahagian hidung atau rongga sinus.

Sebagai langkah kesihatan, jika simpton – simpton di atas dikesan, seseorang itu perlu segera berjumpa dengan pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) untuk membuat pemeriksaan secara betul ke atas ruang hidung, sinus, mulut dan tekak supaya punca nafas berbau ini dapat dikesan dan diubati.

 

 

0 comments on " "

Post a Comment

 

KeCanTikkan DIrI SayA Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal