Waktu rambut kekal di kepala boleh
mencapai dua setengah tahun manakala rambut gugur sebanyak 40 sehingga
100 helai sehari, tetapi ini dikira masih normal. Apabila keguguran
melebihi 100 helai sehari, anda harus melakukan sesuatu pada rambut
anda.
Terdapat tiga jenis rambut iaitu:
1. Rambut berminyak
Jenis rambut ini mempunyai kelenjar
minyak yang bekerja secara berlebihan sehingga rambut kelihatan
berminyak. Basah dan melekit kerana minyak terlalu banyak, mudah kotor
sehingga membentuk rumpun rambut.
Apabila menghias rambut, biasanya ia
tidak kekal lama kerana strukturnya cepat berubah. Satu cara menjaga
kesihatan dan kebersihan rambut dengan merawat secara rapi iaitu dengan
cara mencuci rambut dengan kerap.
2. Rambut normal
Rambut jenis ini memiliki kelenjar minyak yang mengeluarkan minyak dengan cukup. Rambut tidak cepat kotor dan mengembang.
Rawatan untuk rambut jenis ini juga mudah. Cuci menggunakan syampu dan perapi rambut bagi mengekalkan kelembapannya.
3. Rambut kering
Rambut ini kelihatan mengembang,
kering, suram dan mudah rosak. Ini disebabkan kandungan minyak pada
kelenjar lemak sangat sedikit dan kurang aktif.
Rambut jenis ini mudah kusut, batang
rambut akan rosak dan hujung rambut akan pecah apabila disikat. Ini
biasa berlaku apabila rambut diikat kuat.
Terlalu kerap menggunakan syampu dan pengering rambut juga menyebabkan rambut rapuh.
Setiap wanita akan mengalami masalah
rambut yang sama iaitu kelemumur dan masalah keguguran rambut. Namun,
ramai yang tidak memahami punca sebenar masalah ini.
Kelemumur berlaku pada kulit kepala
yang sudah mati, kering dan bersisik. Berlaku pengelupasan kulit kepala
normal sekitar lima hingga 10 peratus daripada keseluruhan kulit kepala.
Kelemumur tumbuh pada semua jenis
rambut. Ini bukan penyakit tetapi proses fisiologi normal. Umumnya
kelemumur terjadi pada remaja dan berkurangan pada usia pertengahan dan
tiada ketika tua.
Bagi mereka yang mengalami masalah
keguguran rambut pastinya cemas melihat rambut gugur melebihi 100 helai
sehari. Jangan bimbang kerana ini perkara normal. Mungkin disebabkan
faktor perubahan hormon atau kesan daripada produk rawatan yang tidak
sesuai.
Biasanya wanita selepas bersalin akan
mengalami keguguran rambut yang serius. Namun, kehilangan rambut
disebabkan faktor ini tidak kekal dan akan berubah.
Keguguran rambut bisanya disebabkan
faktor keturunan dan genetik, perubahan hormon, serangan kulat atau
bakteria, menggunakan syampu tidak sesuai dengan rambut, tekanan
perasaan dan diet tidak seimbang tanpa pengambilan karbohidrat, vitamin
dan protein, pengambilan vitamin A berlebihan, kesan perubatan
kemoterapi pada pesakit barah dan amalan mewarna, mencelup, melurus atau
kerinting rambut.
Petua Merawat Rambut Gugur Dan Penjagaan Rambut Yang Betul
1 Kurangkan manipulasi rambut
Terdapat banyak produk di pasaran
melambangkan diri sendiri sebagai produk yang dapat memelihara dan
menjaga kesihatan rambut bagi seseorang. Selain itu, produk tersebut
akan menggalakkan pengguna untuk menggunakan produk berkenaan dengan
kerap agar rambut dapat menjadi sihat dan bersinar. Pernyataan tersebut
adalah kurang tepat. Tisu rambut merupakan tisu yang telah mati maka
kerosakan yang terjadi adalah kekal dan tidak dapat dipulihkan. Oleh
itu, cara yang terbaik untuk memelihara rambut daripada kerosakan adalah
kurang memanipulasikan rambut anda. Dengan cara ini kadar kerosakan
yang akan terjadi adalah rendah kerana rambut tidak diganggu oleh
sebarang bahan kimia dan alat yang berfungsi untuk membentukkan gaya
rambut.
2 Memilih sikat yang bergigi luas
Sikat merupakan alat yang asas bagi
setiap orang untuk menyikat rambut agar rambut kelihatan kemas. Selain
fungsi yang paling asas ini, sikat juga berfungsi untuk membentukkan
pelbagai jenis gaya fesyen rambut. Oleh itu, sikat merupakan alat yang
paling rapat dengan rambut. Dengan ini kita dapat melihat kepentingan
memilih sikat yang sesuai agar rambut dapat dipelihara semasa seseorang
mendandankan rambut mereka. Sikat yang berlapis teflon dan mempunyai
gigi yang luas adalah dicadangkan bagi tujuan tersebut kerana gigi yang
luas dapat mengurangkan kerosakan yang akan terjadi semasa gigi sikat
melalui rambut kita.
3 Memilih berus yang mempunyai bentuk bulat pada hujung gigi
Alat yang kedua yang sentiasa menjadi
pilihan oleh orang ramai untuk mendandankan rambut adalah berus.
Justeru, memilih berus yang sesuai juga adalah penting sekali untuk
menjaminkan kesihatan rambut. Berus sentiasa digunakan untuk
mengeringkan rambut tanpa mengira rambut yang lurus atau kerinting. Bagi
tujuan mengurangkan geseran antara gigi berus dan rambut maka jenis
reka bentuk berus yang dikenali sebagai blow-drying brush adalah
digalakkan. Hal ini kerana berus tersebut mempunyai ruang yang mencukupi
antara gigi pada berus tersebut. Di samping itu, terdapat juga lubang
pada papan berus agar angin panas yang dihasilkan oleh pengering rambut
dapat dilepaskan. Berus jenis ini mempunyai bentuk bulat pada hujung
gigi yang dapat mengurangkan geseran antara rambut dan gigi berus
malahan reka bentuk sebegini juga dapat melindungi kulit kepala daripada
cedera
4. Mengelakkan menyikat rambut semasa rambut basah
Rambut adalah lebih lemah pada masa
basah berbanding dengan semasa kering. Oleh itu, rambut adalah lebih
mudah patah atau putus semasa basah sekiranya dibandingkan dengan
keadaan kering. Memandangkan keadaan menghadapi rambut yang basah
merupakan keadaan yang tidak dapat dielakkan oleh setiap orang maka cara
yang digalakkan untuk mengemaskan rambut semasa dalam keadaan basah
adalah menyikat dengan jari sendiri. Walaubagaimanapun cara memelihara
yang paling digalakkan adalah menyikat rambut pada keadaan yang kering
atau hampir kering. Kelakuan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan
kerosakan yang akan terjadi.
5 Membiarkan rambut kering secara semula jadi dan elak penggunann pengering rambut
Seperti yang diterangkan di atas,
rambut adalah lemah pada keadaan panas maka menggunakan pengering rambut
akan merosakkan rambut dengan lebih mudah. Angin panas yang dihasilkan
oleh pengering rambut akan merosakkan struktur protein bagi rambut kita
maka rambut kita akan menjadi rapuh dan mudah putus. Sekiranya
penggunaan pengering rambut adalah sangat diperlukan maka pengguna harus
menjarakkan pengering rambut sekuarang-kurangnya 12 inci daripada
rambut sendiri. Selain itu, suhu angin panas tersebut harus dimulakan
pada suhu yang rendah dan meningkat secara perlahan-lahan. Tambahan
lagi, suhu yang terlalu tinggi adalah tidak digalakkan untuk mengenakan
terhadap rambut agar tahap kerosakan dapat dikurangkan.
Cara penjagaan rambut yang tepat
adalah penting bagi setiap orang. oleh itu, tips yang dibincang pada
edisi ini diharapkan dapat memberi panduan bagi orang ramai agar dapat
memiliki rambut yang cantik dan sihat.
0 comments on " "
Post a Comment