Wednesday, 18 June 2014

Posted by Unknown at 01:14 0 comments

ulat hidup dalam hidung ???

ULAT RESDUNG

Kepercayaan wujudnya parasit atau ‘ulat’ di muka yang boleh menyebabkan seseorang itu berasa tidak selesa, gatal-gatal dan hidung tersumbat serta berhingus atau dikenali penyakit resdung adalah mitos semata-mata.

Pakar Hidung, Telinga dan Tekak Hospital Pakar Perdana, di sini, Dr Mohamad Hamzah berkata, pendapat seumpama itu kadangkala boleh dikaitkan dengan sihir, kerana ada segelintiran penghidap resdung lebih gemar merujuk masalah itu dengan bomoh berbanding doktor.
Beliau berkata, dalam bidang perubatan moden belum pernah terbukti wujud ‘ulat’ di bahagian itu. Katanya, resdung sejenis penyakit hidung disebabkan RADANG pada membran dan sinus pula adalah rongga dalam tulang muka yang diselaputi mukosa atau membran dan apabila bahagian terbabit dijangkiti virus, bakteria atau kulat itu boleh menyebabkan berlaku radang.
“Pesakit biasanya akan mengalami tanda-tanda seperti hidung tersumbat, berhingus, sakit muka, kurang deria bau, sakit kepala, bau busuk dalam hidung dan demam.

“Jika ada yang mengalami tanda seperti itu perlu membuat pemeriksaan segera kerana hidung perlu diperiksa secara endoskopik untuk mengetahui punca resdung terjadi, tahap penyakit dan cara rawatan yang diperlukan,

 

Petua legakan sinusitis atau resdung dengan 3 langkah sahaja.

legakan_sinus_resdung_dalam_masa_20_saat_2

Langkah 1: Tekan atau tolak lidah anda ke lelangit.

Langkah 2: Gunakan jari telunjuk anda dan tekan di bahagian dahi betul-betul di bahagian tengah antara kening mata kanan dankening mata kiri. Rujuk gambar di bawah.

Langkah 3: Tekan di bahagian tersebut selama 20 saat dan mukus atau hingus akan mula keluar dari hidung anda.

Ketika anda tekan lidah ke lelangit, jangan tajamkan lidah. Relaxkan lidah dan tekan lelangit dengan lidah yang flat. Bila anda lepaskan lidah, akan ada sedikit pergerakan di bahagian kerongkong anda.

Mukus yang keluar tidaklah banyak seperti gambar di atas tetapi cukup untuk melegakan hidung dalam masa-masa kecemasan.

Selamat Mencuba!

Sinusitis juga boleh menyebabkan kegatalan mata yang teruk. Jika tidak dirawat, mata akan menjadi merah dan berair

Hidung Berbau ???

hidung busuk

Masalah-masalah yang berpunca dari bahagian-bahagian badan seperti hidung, sinus, tekak, gigi, ruang mulut, paru-paru ataupun perut boleh menyebabkan nafas kita berbau. Ini kerana bahagian-bahagian tersebut mempunyai kaitan dengan ruang pernafasan.

Sinus yang merupakan salah satu daripada bahagian-bahagian tersebut, boleh menyebabkan nafas berbau apabila dijangkiti kuman. Bahagian ini merupakan ruang kosong pada bahagian tengkorak yang berhubung dengan ruang hidung.

Bila dijangkiti kuman, kahak kuning atau kehijauan akan mengalir ke ruang hidung yang kemudiannya akan menitis ke belakang tekak. Ini seterusnya menyebabkan pelbagai masalah dari sakit kepala, hidung tersumbat, sakit tekak, serak suara mahupun nafas berbau.

Punca lain ialah rinitis yang merupakan bengkak pada tisu bahagian hidung. Ia juga boleh dikatakan sebagai
inflamasi atau radang pada membran mukus. Ini berpunca dari alahan atau infeksi pada bahagian hidung atau rongga sinus.

Sebagai langkah kesihatan, jika simpton – simpton di atas dikesan, seseorang itu perlu segera berjumpa dengan pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) untuk membuat pemeriksaan secara betul ke atas ruang hidung, sinus, mulut dan tekak supaya punca nafas berbau ini dapat dikesan dan diubati.

 

 

Posted by Unknown at 00:56 0 comments

Cara Betul Menjaga Kesihatan Rambut (Gugur, Kusam, Botak)

cara Betul Menjaga Kesihatan Rambut (Gugur, Kusam, Botak) | BAGI wanita rambut sebahagian daripada kecantikan. Rambut yang sihat, lebat dan berkilau dengan pemilihan gaya rambut yang tepat akan meningkatkan nilai kejelitaan seseorang.

Perawatan rambut sama pentingnya dengan rawatan kulit. Keindahan rambut mencerminkan kesihatan seseorang. Apabila kusam, tidak bercahaya dan hujungnya bercabang ini menandakan rambut tidak sihat. Masalah rambut disebabkan pola pemakanan yang kurang baik, ketidakseimbangan hormon atau rawatan rambut kurang sesuai.

Secara amnya, pertumbuhan rambut normal di antara 0.2 milimeter sehing­ga 0.3 milimeter sehari. Pertumbuhan rambut mengalami beberapa tahap iaitu tahap pertumbuhan, tahap rehat iaitu beberapa bulan dan keguguran me­ngambil masa 100 hari.

Waktu rambut kekal di kepala boleh mencapai dua setengah tahun manakala rambut gugur sebanyak 40 sehingga 100 helai sehari, tetapi ini dikira masih normal. Apabila keguguran melebihi 100 helai sehari, anda harus melakukan sesuatu pada rambut anda.

Terdapat tiga jenis rambut iaitu:

1. Rambut berminyak 

Jenis rambut ini mempunyai kelenjar minyak yang bekerja secara berlebihan sehingga rambut kelihatan berminyak. Basah dan melekit kerana minyak terlalu banyak, mudah kotor sehingga membentuk rumpun rambut.

Apabila menghias rambut, biasanya ia tidak kekal lama kerana strukturnya cepat berubah. Satu cara menjaga kesihatan dan kebersihan rambut dengan merawat secara rapi iaitu dengan cara mencuci rambut dengan kerap.

2. Rambut normal 

Rambut jenis ini memiliki kelenjar minyak yang me­ngeluarkan minyak dengan cukup. Rambut tidak cepat kotor dan mengembang.

Rawatan untuk rambut jenis ini juga mudah. Cuci menggunakan syampu dan perapi rambut bagi mengekalkan kelembapannya.

3. Rambut kering

Rambut ini kelihatan me­ngembang, kering, suram dan mudah rosak. Ini disebabkan kandungan minyak pada kelenjar lemak sangat sedikit dan kurang aktif.

Rambut jenis ini mudah kusut, batang rambut akan rosak dan hujung rambut akan pecah apabila disikat. Ini biasa berlaku apabila rambut diikat kuat.

Terlalu kerap menggunakan syampu dan pengering rambut juga menyebabkan rambut rapuh.

Setiap wanita akan me­ngalami masalah rambut yang sama iaitu kelemumur dan masalah keguguran rambut. Namun, ramai yang tidak memahami punca sebenar masalah ini.

Kelemumur berlaku pada kulit kepala yang sudah mati, kering dan bersisik. Berlaku pengelupasan kulit kepala normal sekitar lima hingga 10 peratus daripada keseluruhan kulit kepala.

Kelemumur tumbuh pada semua jenis rambut. Ini bukan penyakit tetapi proses fisiologi normal. Umumnya kelemumur terjadi pada remaja dan berkurangan pada usia pertengahan dan tiada ketika tua.

Bagi mereka yang ­mengalami masalah keguguran rambut pastinya cemas melihat rambut gugur melebihi 100 helai sehari. Jangan bimbang kerana ini perkara normal. Mungkin disebabkan faktor perubahan hormon atau kesan daripada produk rawatan yang tidak sesuai.

Biasanya wanita selepas bersalin akan mengalami keguguran rambut yang serius. Namun, kehilangan rambut disebabkan faktor ini tidak kekal dan akan berubah.

Keguguran rambut bisanya disebabkan faktor keturunan dan genetik, ­perubahan hormon, ­serangan kulat atau ­bakteria, menggunakan syampu tidak sesuai dengan rambut, tekanan perasaan dan diet tidak seimbang tanpa pengambilan karbohidrat, vitamin dan protein, pengambilan vitamin A berlebihan, kesan perubatan kemoterapi pada pesakit barah dan amalan mewarna, mencelup, melurus atau kerinting rambut.

Petua Merawat Rambut Gugur Dan Penjagaan Rambut Yang Betul

1 Kurangkan manipulasi rambut

Terdapat banyak produk di pasaran melambangkan diri sendiri sebagai produk yang dapat memelihara dan menjaga kesihatan rambut bagi seseorang. Selain itu, produk tersebut akan menggalakkan pengguna untuk menggunakan produk berkenaan dengan kerap agar rambut dapat menjadi sihat dan bersinar. Pernyataan tersebut adalah kurang tepat. Tisu rambut merupakan tisu yang telah mati maka kerosakan yang terjadi adalah kekal dan tidak dapat dipulihkan. Oleh itu, cara yang terbaik untuk memelihara rambut daripada kerosakan adalah kurang memanipulasikan rambut anda. Dengan cara ini kadar kerosakan yang akan terjadi adalah rendah kerana rambut tidak diganggu oleh sebarang bahan kimia dan alat yang berfungsi untuk membentukkan gaya rambut.

2 Memilih sikat yang bergigi luas

Sikat merupakan alat yang asas bagi setiap orang untuk menyikat rambut agar rambut kelihatan kemas. Selain fungsi yang paling asas ini, sikat juga berfungsi untuk membentukkan pelbagai jenis gaya fesyen rambut. Oleh itu, sikat merupakan alat yang paling rapat dengan rambut. Dengan ini kita dapat melihat kepentingan memilih sikat yang sesuai agar rambut dapat dipelihara semasa seseorang mendandankan rambut mereka. Sikat yang berlapis teflon dan mempunyai gigi yang luas adalah dicadangkan bagi tujuan tersebut kerana gigi yang luas dapat mengurangkan kerosakan yang akan terjadi semasa gigi sikat melalui rambut kita.

3 Memilih berus yang mempunyai bentuk bulat pada hujung gigi

Alat yang kedua yang sentiasa menjadi pilihan oleh orang ramai untuk mendandankan rambut adalah berus. Justeru, memilih berus yang sesuai juga adalah penting sekali untuk menjaminkan kesihatan rambut. Berus sentiasa digunakan untuk mengeringkan rambut tanpa mengira rambut yang lurus atau kerinting. Bagi tujuan mengurangkan geseran antara gigi berus dan rambut maka jenis reka bentuk berus yang dikenali sebagai blow-drying brush adalah digalakkan. Hal ini kerana berus tersebut mempunyai ruang yang mencukupi antara gigi pada berus tersebut. Di samping itu, terdapat juga lubang pada papan berus agar angin panas yang dihasilkan oleh pengering rambut dapat dilepaskan. Berus jenis ini mempunyai bentuk bulat pada hujung gigi yang dapat mengurangkan geseran antara rambut dan gigi berus malahan reka bentuk sebegini juga dapat melindungi kulit kepala daripada cedera

4. Mengelakkan menyikat rambut semasa rambut basah

Rambut adalah lebih lemah pada masa basah berbanding dengan semasa kering. Oleh itu, rambut adalah lebih mudah patah atau putus semasa basah sekiranya dibandingkan dengan keadaan kering. Memandangkan keadaan menghadapi rambut yang basah merupakan keadaan yang tidak dapat dielakkan oleh setiap orang maka cara yang digalakkan untuk mengemaskan rambut semasa dalam keadaan basah adalah menyikat dengan jari sendiri. Walaubagaimanapun cara memelihara yang paling digalakkan adalah menyikat rambut pada keadaan yang kering atau hampir kering. Kelakuan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kerosakan yang akan terjadi.

5 Membiarkan rambut kering secara semula jadi dan elak penggunann pengering rambut

Seperti yang diterangkan di atas, rambut adalah lemah pada keadaan panas maka menggunakan pengering rambut akan merosakkan rambut dengan lebih mudah. Angin panas yang dihasilkan oleh pengering rambut akan merosakkan struktur protein bagi rambut kita maka rambut kita akan menjadi rapuh dan mudah putus. Sekiranya penggunaan pengering rambut adalah sangat diperlukan maka pengguna harus menjarakkan pengering rambut sekuarang-kurangnya 12 inci daripada rambut sendiri. Selain itu, suhu angin panas tersebut harus dimulakan pada suhu yang rendah dan meningkat secara perlahan-lahan. Tambahan lagi, suhu yang terlalu tinggi adalah tidak digalakkan untuk mengenakan terhadap rambut agar tahap kerosakan dapat dikurangkan.

Cara penjagaan rambut yang tepat adalah penting bagi setiap orang. oleh itu, tips yang dibincang pada edisi ini diharapkan dapat memberi panduan bagi orang ramai agar dapat memiliki rambut yang cantik dan sihat.

 

Posted by Unknown at 00:53 0 comments

Tip Penjagaan Kuku 

 

Kuku adalah bagian tubuh binatang yang terdapat atau tumbuh di ujung jari. Kuku tumbuh dari sel mirip gel lembut yang mati, mengeras, dan kemudian terbentuk saat mulai tumbuh dari ujung jari. Kulit ari pada pangkal kuku berfungsi melindungi dari kotoran. Fungsi utama kuku adalah melindungi ujung jari yang lembut dan penuh urat saraf, serta mempertinggi daya sentuh. Kuku adalah bagian dari tulang bukan protein.

Pada kulit di bawah kuku terdapat banyak pembuluh kapiler yang memiliki suplai darah kuat sehingga menimbulkan warna kemerah-merahan. Seperti tulang dan gigi, kuku merupakan bagian terkeras dari tubuh karena kandungan airnya sangat sedikit.

Pertumbuhan kuku jari tangan dalam satu minggu rata-rata 0,5 - 1,5 mm, empat kali lebih cepat dari pertumbuhan kuku jari kaki. Pertumbuhan kuku juga dipengaruhi oleh panas tubuh.

Perawatan kuku ini bisa juga dilakukan dengan cara yang alami tanpa perlu mengeluarkan banyak uang. Pasalnya, bahan bahan yang dibutuhkan juga banyak tersedia di sekitar Anda.

Kuku yang sehat biasanya lebih kuat dan tentunya tidak mudah mengelupas, gunakan bahan-bahan alami yang tersedia di sekitar kita. Diantaranya :

  1. Blimbing Wuluh. Bermanfaat untuk membersihkan kotoran di sela-sela kuku dan kulit luar sekaligus menguatkan kuku. Caranya sukup dengan menggosokkan potongan blimbing wuluh pada kuku yang mau dibersihkan, setelah bilas dengan air bersih.

  2. Perbanyak minum air putih. Salah satu cara mudah untuk memperindah dan menguatkan kuku dari dalam adalah dengan memperbanyak minum air putih. Konsumsi air putih membantu agar Kuku tidak kering.

  3. Minum susu dan konsumsi makanan yang mengandung kalsium. manfaatnya untuk memperkuat kuku. Seperti Makanan yang terbuat dari susu dan keju, Ikan pari dan ikan sarden, kacang-kacangan dan biji-bijian, Sayuran seperti Brokoli, kangkung, bayam dsb, Buah seperti apel merah, strawbery, pepaya, nanas, mangga, alpukat, anggur, manggis dsb.

  4. Lidah buaya. Lidah buaya memiliki banyak manfaat. Selain untuk merawat rambut, ternyata juga bisa untuk merawat kuku. Caranya, bersihkan lidah buaya dan oleskan secara merata pada kuku. Lakukan perawatan ini secara rutin, maka kuku akan terlihat lebih cantik dan bening.

  5. Getah Pepaya. Bagus sekali untuk membersihkan kulit di luar kuku agar tidak mudah pecah dan mengelupas.

  6. Lemon (jeruk nipis). Untuk mengembalikan kuku yang kuning. Caranya, siapkan perasan lemon, dan campurkan satu sendok perasan lemon dengan pasta gigi (disarankan pasta gigi untuk memutihkan gigi). Aduk rata, kemudian oleskan pada kuku . Tunggu hingga kering. Setelah itu basuh kuku dengan air hangat. Lakukanlah secara teratur minimal sepekan sekali, maka kita akan mendapatkan kuku dengan warna yang normal.

  7. Bawang putih. Mengandung zat yang sangat berguna untuk menguatkan kuku. Caranya, parut bawang putih hingga halus, kemudian oleskan pada kuku . Tunggu beberapa menit, setelah itu bersihkan kuku . Bisa juga dengan langsung menggosokkan bawang putih pada kuku Anda. Lakukanlah secara rutin, maka kuku Anda akan semakin kuat dan tidak rapuh.

  8. Campuran madu, telur, dan minyak zaitun . Manfaatnya adalah untuk melembabkan dan melembutkan kuku. Kita yang memiliki kuku yang kering dan kurang nutrisi, gunakan tip ini. Caranya, campurkan dua sendok makan madu dan minyak zaitun dalam panci. Panaskan dan aduk hingga tercampur rata, kemudian siapkan kocokan telur. Campurkan adonan madu dan minyak zaitun dengan kocokan telur, oleskan pada kuku secara merata dan tunggu 10 – 15 menit, kemudian bersihkan kuku Anda.

Posted by Unknown at 00:44 0 comments

Rahsia Bentuk Kuku


Jari kecil, halus dan hujungnya meruncing

Wanita memiliki jari sebegini biasanya berperasaan halus dan idealis. Mereka menyukai barang-barang seni dan pemandangan yang indah.

Jari runcing dan panjang

Sifat wanita yang memiliki jari ini hampir sama dengan sifat perempuan di atas. Namun mereka lebih banyak bermain dengan perasaan sehingga sesuai untuk memilih kerjaya sebahai juruhias.

Jari pendek

Wanita ini sangat aktif dan berfikir perkara yang besar-besar. Mereka malas menguruskan perkara yang remeh-temeh.

Jari besar dan gemuk

Wanita ini bersifat terlalu berhati-hat sehingga kesannya malas bertindak.

Jari tengah dan jari manis sama panjang

Wanita yang memiliki jari sebegini ditambah dengan kulitnya yang halus maka dia pandai bermain cinta. Fantasi asmaranya sangat tinggi sehingga sering menciptakan model-model permainan baru. Namun bagi yang berkulit kasar bermakna wanita sebegini suka berprasangka.

Jari tengah dan telunjuk sama panjang

Perempuan yang memiliki jari seperti ini bakal mencapai cita-citanya. Mereka pantang menyerah dan rajin berusaha.

Jari tengah paling tinggi dan menonjol

Biasanya wanita ini kurang sabar sehingga mudah bertindak tanpa berfikir panjang. Namun, dia sering menyesali tindakan yang telah dilakukannya.

Tiga jari sama tinggi

Berbeza dengan wanita yang jari tengahnya paling menonjol, pemilik tiga jari yang sama panjangnya ini berhati-hati dalam bertindak. Banyak persoalan yang wajar diselesaikan dengan segera tertunda kerana sikapnya yang suka berlengah-lengah dalam melakukan sesuatu.

Ibu jari yang besar dan kuat

Ibu jari yang besar dan terkesan kuat dapat menggambarkan sifat perempuan yang mempunyai kemampuan dan kemahuan yang keras untuk maju. Selain itu mereka juga memiliki rasa tanggungjawab yang tinggi.

Ibu jari kurus dan lembik

Wanita sebegini mempunyai sikap bergantung kepada orang lain dan sering bersikap ragu dalam membuat keputusan. Ketika bertindak, mereka selalu memerlukan kehadiran orang lain.

Hujung ibu jari runcing

Wanita ini selalunya berjiwa halus. Kalau menjadi pemimpin, dia seorang yang bijaksana.

Hujung ibu jari yang berbentuk persegi

Hal ini menandakan pemiliknya berasa tidak puas dalam setiap pekerjaan yang dilakukannya. Sikap buruknya, dia sering iri hati terhadap orang lain.
  



Anda mempunyai kuku yg rosak dan rapuh? Mari amalkan petua ini untuk merawat kuku tersebut. Agar kuku anda akan jadi sihat bersinar serta kuat!

petua rawat kuku rosak

1. Belimbing buluh

Ia berkesan membersihkan kotoran di celah-celah kuku dan kulit luar serta menguatkan kuku. Anda perlu menggosokkan potongan belimbing buluh pada kuku yg hendak dibersihkan. Setelah itu, bilaslah dengan air bersih.

2. Minum air putih secukupnya

Pengambilan air putih yg cukup, melancarkan perjalanan darah dan sekaligus membantu menguatkan kuku.

3. Amalkan kalsium

Kalsium dipercayai bagus untuk menguatkan kuku. Antara sumber kalsium yg terbaik adalah susu, keju, ikan sardin, kacang-kacangan dan biji-bijian. Selain itu, sayuran seperti brokoli, kangkung dan bayam juga bagus. Anda juga boleh mengambil suplemen semulajadi Shaklee Ostematrix yg kaya dengan kalsium, magnesium dan vitamin D!

Shaklee Ostematrix
OsteMatrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.

4. Daun lidah buaya

Bukan saja bagus untuk merawat rambut, daun lidah buaya juga boleh merawat kuku. Anda perlu membersihkan daun ini dan sapu secara rata pada kuku. Lakukan secara kerap, kuku akan kelihatan cantik dan kuat.

5. Getah betik

Sesekali mengupas betik muda, ambil getahnya dan sapu pada kuku. Biarkan seketika. Getah betik juga dipercayai mampu mencantikkan kulit.

6. Lemon

Lemon bagus untuk mengurangkan warna kuku yg kekuningan. Perahkan jus lemon, campurkan dengan ubat gigi jenis pemutih. Sapu campuran yg diadun rata ini pada kuku. Biar hingga kering. Setelah itu, basuh kuku dengan air suam. Lakukan secara teratur untuk dapatkan kuku yg normal.

7. Bawang putih

Ia mengandungi zat yg sangat berguna untuk kuatkan kuku. Caranya, anda perlu memarut bawang putih hingga halus. Kemudian sapu pada kuku. Tunggu beberapa minit dan bersihkan kuku. Jadikan ini rutin untuk kuku yg kuat dan tidak rapuh. Boleh juga amalkan Garlic Shaklee ini!

garlic shaklee
Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah. Allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan. Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik. Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih.

8. Campuran madu, telur dan minyak zaitun

Dapat melembap dan melembutkan kuku. Campurkan 2 sudu madu dan minyak zaitun dalam periuk. Panaskan dan gaul rata. Tutup api. Kocakkan telur dan campur dengan adunan tadi. Sapu rata pada kuku dan tunggu 10-15 minit. Bersihkan kuku - See more at: http://www.vitaminasli.my/2013/02/petua-merawat-kuku-yang-rosak-dan-rapuh.html#sthash.s8aPZUL0.dpuf
Anda mempunyai kuku yg rosak dan rapuh? Mari amalkan petua ini untuk merawat kuku tersebut. Agar kuku anda akan jadi sihat bersinar serta kuat!

petua rawat kuku rosak

1. Belimbing buluh

Ia berkesan membersihkan kotoran di celah-celah kuku dan kulit luar serta menguatkan kuku. Anda perlu menggosokkan potongan belimbing buluh pada kuku yg hendak dibersihkan. Setelah itu, bilaslah dengan air bersih.

2. Minum air putih secukupnya

Pengambilan air putih yg cukup, melancarkan perjalanan darah dan sekaligus membantu menguatkan kuku.

3. Amalkan kalsium

Kalsium dipercayai bagus untuk menguatkan kuku. Antara sumber kalsium yg terbaik adalah susu, keju, ikan sardin, kacang-kacangan dan biji-bijian. Selain itu, sayuran seperti brokoli, kangkung dan bayam juga bagus. Anda juga boleh mengambil suplemen semulajadi Shaklee Ostematrix yg kaya dengan kalsium, magnesium dan vitamin D!

Shaklee Ostematrix
OsteMatrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.

4. Daun lidah buaya

Bukan saja bagus untuk merawat rambut, daun lidah buaya juga boleh merawat kuku. Anda perlu membersihkan daun ini dan sapu secara rata pada kuku. Lakukan secara kerap, kuku akan kelihatan cantik dan kuat.

5. Getah betik

Sesekali mengupas betik muda, ambil getahnya dan sapu pada kuku. Biarkan seketika. Getah betik juga dipercayai mampu mencantikkan kulit.

6. Lemon

Lemon bagus untuk mengurangkan warna kuku yg kekuningan. Perahkan jus lemon, campurkan dengan ubat gigi jenis pemutih. Sapu campuran yg diadun rata ini pada kuku. Biar hingga kering. Setelah itu, basuh kuku dengan air suam. Lakukan secara teratur untuk dapatkan kuku yg normal.

7. Bawang putih

Ia mengandungi zat yg sangat berguna untuk kuatkan kuku. Caranya, anda perlu memarut bawang putih hingga halus. Kemudian sapu pada kuku. Tunggu beberapa minit dan bersihkan kuku. Jadikan ini rutin untuk kuku yg kuat dan tidak rapuh. Boleh juga amalkan Garlic Shaklee ini!

garlic shaklee
Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah. Allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan. Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik. Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih.

8. Campuran madu, telur dan minyak zaitun

Dapat melembap dan melembutkan kuku. Campurkan 2 sudu madu dan minyak zaitun dalam periuk. Panaskan dan gaul rata. Tutup api. Kocakkan telur dan campur dengan adunan tadi. Sapu rata pada kuku dan tunggu 10-15 minit. Bersihkan kuku - See more at: http://www.vitaminasli.my/2013/02/petua-merawat-kuku-yang-rosak-dan-rapuh.html#sthash.s8aPZUL0.dpuf

 

KeCanTikkan DIrI SayA Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal